Wednesday, 30 November 2011

Badminton - Peraturan Permainan

Peraturan Asas
  • Permainan badminton memerlukan gelanggang, raket dan bulu tangkis. Badminton boleh dimainkan dengan 2 orang atau 4 orang pemain.
  • Terdapat acara berpasukan dan individu. Iaitu acara perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta bergu campuran.
System Pengiraan Markah
  • Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali (‘the best of three ‘game’s’).
  • Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain yang memenangi rali.
  • Perbezaan 2 mata diperlukan untuk menang.Jika tidak, permainan diteruskan hingga 29-29. Pemain/pasangan pertama mencapai mata 30 dikira sebagai pemenang.
  • Dalam acara perseorangan jika pemain mendapat mata genap servis dilakukan di sebelah kanan gelanggang pemain dan sebaliknya.
  • Dalam acara beregu jika mata genap pemain sebelah kanan akan membuat servis dan sebaliknya.
Memulakan Permainan
       Perlawanan Perseorangan
  • Permainan dimulakan dengan melakukan servis pertama.
  • Pemain akan membuat servis pertama dari petak servis kanannya. Mata genap di petak kanan dan kiri bagi mata bilangan ganjil.
  • Pembuat servis akan membuat servis secara melintang kepada pihak lawan.
        
       Perlawanan Bergu
  • Pada permulaannya, pembuat servis pertama akan membuat servis dari gelanggang servis kanan.
  • Pasangan bergu yang menang rali akan bertukar petak servis dan lawan kekal dalam petak servis masing-masing.
  • Jika pembuat servis itu kalah dalam rali, servis akan diberikan kepada pihak lawan.
  • Semasa membuat servis, rakan pembuat servis dan rakan penerima servis boleh berdiri di mana-mana tempat dalam petak tetapi tidak menghalang pandangan pembuat servis dan penerima servis.
Servis
  • Tidak boleh melengahkan servis selepas mengayun raket ke belakang.
  • Pemain yang membuat servis dan menerima servis tidak dibenarkan memijak garisan gelanggang.
  • Kedua-dua belah kaki sentiasa menyentuh lantai gelanggang dan dalam keadaan tetap.
  • Bahagian gabus bulu tangkis perlu disentuh dahulu semasa membuat servis.
  • Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang dan batang (shaft) mesti menghala ke bawah semasa melakukan servis.
  • Servis dilakukan setelah penerima telah bersedia.

Badminton - Pengenalan

Battledore - Racket abad -18

Perkembangan bulu tangkis

Pengenalan
  • Sukan badminton telah diperkenalkan di Malaysia seawal 1809.
  • Permainan sukan muncul daripada satu sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. 
  • Permain battledore and shuttlecock dikenali sebagai Poona pada ketika itu telah dimainkan buat pertama kali di Pulau Pinang oleh pegawai dari Syarikat East India, di kediaman Kaptain Francis Light.
  • Pada peringkat awal permainan ini, tidak ada sebarang undang-undang atau peraturan yang boleh dijadikan panduan permainan.
  • Mereka yang bermain hanya sekadar memukul-mukul bulu tangkis ciptaan mereka itu
  • Namun begitu, permainan mereka itu telah berjaya menarik minat penduduk-penduduk di pulau pinang pada masa itu.
  • Dengan pertubuhan Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) pada tahun 1934, badminton dikenalkan kepada seluruh dunia dengan peraturan-peraturan permainan yang ditetapkan.
  • Pertandingan antarabangsa juga dianjurkan. 
  • Dengan kemunculan wira-wira bangsa pemain badminton - Punch Gunalan, Foo Kok Keong, Keluarga Sidekand Datuk Lee Chong Wei, permainan badminton menjadikan salah satu permain yang paling penting di malaysia.

Sunday, 13 November 2011

Ladap 24-9-2011

Berikut adalah gambar ceramah 1 m 1 s yang saya berikan pada 24 September 2011.



 
Copyright © Yit Mei's talk