Friday, 28 October 2011

Teknik Lumba Lari Berpagar



  • Video menunjukkan teknik lumba lari berpagar.

Teknik Lompat Jauh


  • Video menunjukkan teknik lompat jauh.

Thursday, 27 October 2011

Teknik lompat tinggi


  • Video menunjukkan teknik lompat tinggi.

Tuesday, 18 October 2011

Pendidikan jasmani dengan bola sepak



  • Memperkenalkan bola sepak kepada murid-murid dengan permainan mudah.

Permainan kecil olahraga contoh 8

CARA PERTANDINGAN
  • Setiap peserta akan berlari dari garisan permulaan melalui petak ladder dan menyentuh kon di hujung dan berpatah balik melalui petak ladder semula dan menyentuh kon di garisan permulaan.
  • Masa diambil bagi setiap peserta.
  • Setiap peserta diberi 2 percubaan.

Markah
  • Masa terbalik di antara 2 percubaab akan direkodkan.

Permainan kecil olahraga contoh 7


CARA PERTANDINGAN
  • 5 sepasukan berada di garisan permulaan lorong lurus dan 5 lagi berada bertentangan di lorong yang ada hurdles.
  • Peserta pertama berlari sejauh 40m dan menyerahkan gelang getah kepada peserta ke-2. Peserta kedua hendaklah memegang tiang bendera semasa menerima gelang getah dan terus berlari melompat melalui slalom dan melompat sisi hurdles.
  • 3. Pertandingan berterusan sehinggalah semua peserta berjaya melakukan larian dan lompatan hurdles.
  • 4. Pertandingan berterusan sehinggalah semua peserta berjaya melakukan larian dan lompatan hurdles.


  • Markah
  • 1. Pasukan yang berjaya menamatkan pertandingan dengan masa terpantas dikira pemenang.

Permainan kecil olahraga contoh 6


Cara Pertandingan
  • Setiap peserta diberi 2 percubaan untuk melontar Turbo Javelin dari kawasan yan jaraknya 5 meter.
  • Peserta yang memijak garisan di kira batal.
Markah
  • Jarak yang paling jauh dari satu percubaan akan diterima.

Permainan kecil olahraga contoh 5


Cara Pertandingan
  • Setiap peserta diberi 2 percubaan untuk membuat skipping selama 15 saat.
  • Pesrta mesti melompat dengan kedua-dua belah kaki.
Markah
  • Bilangan lompatan terbanyak dari salah satu percubaan akan dikira.
  • Markah terbaik dari setiap peserta akan dijumlahkan sebagai markah pasukan.

Thursday, 13 October 2011

Teknik memulakan lumba lari jarak dekat

Larian Berpagar Sukma

Permainan kecil olahraga contoh 4



Cara Pertandingan
  • Setiap peserta akan mencuba membaling bola melepasi palang dan jatuh ke dalam kawasan yang disediakan dengan jarak yang disukainya iaitu 5m, 6m, 7m dan 8 meter.
  • Setiap peserta diberi 3 percubaan.
Markah
  • Setiap peserta akan mencuba membaling bola melepasi palang dan jatuh ke dalam kawasan yang disediakan dengan jarak yang disukainya iaitu 5m, 6m, 7m dan 8 meter.
  • Percubaan yang berjaya dari jarak 5 meter 2 markah, 6 meter 3 markah, 7 meter 4 markah dan 8 meter 5 markah.
  • Peserta boleh pilih dari mana-mana jarak yang disukai pada 3 percubaan.
  • Percubaan yang melepasi palang tetapi tidak masuk ke kawasan diberi 1 markah.
  • Jumlah markah dari ketiga-tiga percubaan akan dikira sebagai markah keseluruhan.

Permainan kecil olahraga contoh 3



Cara Pertandingan
  • Setiap peserta akan bermula dengan berdiri di garisan permulaan dengan memegang "Frog jump".
  • Peserta pertama akan berdiri dengan hujung jari kaki di atas garisan permulaan.
  • Peserta akan membuat lompatan sejauh yang mamou dan mendarat dengan kedua-dua belah kai.
  • Jika seorang peserta terjatuh dan hanya mendarat menggunakan satu kaki jarak tersebut akan diambilkira untuk peserta berikutnya memulakan lompatan baru.
  • Begitulah berikutnya sehingga semua peserta tamat melakukan lompatan.
Markah
  • Jarak lompatan terakhir peserta akan dikira sebagai jarak rasmi pasukan.

Permainan kecil olahraga contoh 2



Cara Pertandingan
  • Kawasan gol bola sepak / bola baling dibahagikan kepada 3 zon dengan keluasan yan sama iaitu Zon Kanan, Zon Tengah dan Zon kiri.
  • Satu garisan pada jarak 5 meter betul-betul menghadap Zon Tengah.
  • Setiap peserta akan membuat 2 percubaan dengan melempar cakera ke arah zon dari jarak 5 meter.
Markah
  • Peserta tangan kanan akan mendapat 3 markah jika lemparan masuk ke Zon Kanan.
  • Jumlah markah yang sama diberikan jika  lemparan masuk ke dalam Zon Tengah dan 1 markah jika masuk ke Zon kiri.
  • Markah terbaik dari salah satu percubaan akan diambil sebagai markah pasukan.

Permainan kecil Olahraga contoh 1


Cara Pertandingan
  • Peserta akan melutut pada tikar menghadap ke hadapan, di atas tikar lembut.
  • Peserta meletakkan bola di belakang aras kepala dalam kkeadaan selesa sebelum bersedia untuk membuat balingan.
  • Pesrta membuat balingan menggunakan kudrat yang ada pada jarak yang sepatutnya.
Markah
  • Setiap peserta boleh melakukan 2 kali percubaan.
  • Pengiraan diambil dalam 25cm jaraknya dan pada garis sudut 90 darjah dari garisan.
  • Jarak balingan terjatuh daripada 2 balingan diambil sebagai keputusan rasmi.

Sunday, 9 October 2011

Peralatan Olahraga









Aktiviti Berpasangan ( Olahraga )


Aktiviti Regangan Statik ( Olahraga )


Olahraga


Olahraga
18 19
SEJARAH OLAHRAGA MALAYSIA
Sukan olahraga dipertandingkan secara teratur dan formal pada tahun 1906.
Pada tahun itu, Perak Athletics Association (PAA) ditubuhkan di Taiping, Perak,
oleh pegawai-pagawai British yang bertugas di Malaya. Kejohanan olahraga yang
pertama di Malaysia di adakan pada tahun yang sama di Padang Ipoh. Selama lima
puluh tahun kejohanan peringkat kebangsaaan dikelolakan di atas padang rumput
dan Padang Ipoh dianggap padang yang terbaik di Malaya.
Pada tahun 1932, Stadium Bandaraya Pulau Pinang mula dibina, yang
menjadikannya stadium yang pertama di negara kita. Walau bagaimanapun trek
bitumen hanya wujud pada tahun 1957 di stadium tersebut.
Malaya mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga di peringkat
antarabangsa pada kali pertama dalam pertandingan Empire’s Games di Cardiff,
Great Britain pada tahun 1948. Empire’s Games ditukarkan menjadi Commonwealth
Games atau Sukan Komanwel apabila kebanyakan negara yang di bawah jajahan
Great Britain mencapai kemerdekaan, temasuklah negara kita pada tahun 1957.
Negara kita menyertai acara olahraga di Kejohanan Sukan Olimpik buat kali
pertama pada tahun 1956 di Melbourne, Australia. Kita juga mengambil bahagian
dalam acara olahraga buat kali pertama di Sukan Asia ke-4 di Jakarta pada tahun
1962.
Malaysia telah menganjurkan beberapa kejohanan besar di peringkat antarabangsa.
Selain daripada Sukan SEA atau asalnya dipanggil Sukan SEAP, Malaysia telah
menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang Asia pada tahun 1991. Kemuncak
penglibatan Malaysia dalam arena olahraga ialah semasa kita menjadi tuan rumah
Sukan Komanwel 1998 yang melibatkan ramai jaguh antarabangsa bertanding.
Di peringkat sekolah, Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia telah
menganjurkan kejohanan olahraga yang pertama pada tahun 1958, iaitu pada
tahun Majlis Sukan Sekolah Malaysia ditubuhkan. Semenjak itu, Kejohanan
Olahraga MSSM diadakan pada setiap tahun secara bergilir-gilir antara semua
negeri di Malaysia.

PERATURAN PERTANDINGAN
i. Setiap pertandingan yang dijalankan hendaklah dikawal oleh
undang-undang dan peraturan pertandingan bersesuaian dengan
matlamat penganjurannya.
ii. Pembinaan peraturan sesuatu kejohanan akan merujuk dan mengikut
undang-undang dan peraturan;
• Persatuan Olahraga Antarabangsa;
• Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia;
• Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM);
• Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN);
• Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD); dan
• Majlis Sukan Sekolah cawangan – jika ada.
iii. Peraturan Pertandingan Perlu Mempunyai Perkara Berikut :
• Nama kejohanan.
• Tarikh.
• Tempat pertandingan.
• Kategori dan acara-acara yang dipertandingkan.
• Ukuran, berat alatan, dan jarak.
• Syarat-syarat penyertaan.
• Nombor peserta.
• Atur cara dan jadual pertandingan.
iv. Tatacara Pelari Untuk Acara 4 X 200 m
• Pelari Pertama akan menggunakan lorong sendiri dan akan bermula di
garisan 1 ½ stagger – seperti pelari pertama dalam acara 4 X 400 m.
• Pelari Kedua akan bersedia di garisan satu stagger yang akan disediakan.
• Pelari Ketiga akan bersedia di garisan ½ stagger (seperti pelari kedua dalam
acara 4 X 400 m). Selepas menerima baton daripada pelari kedua, pelari
ketiga mestilah berlari di lorong masing-masing sehingga ke selekoh
pertama dan kemudiannya, pelari tersebut boleh memotong masuk ke
lorong pertama.
• Pelari Akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut susunan
senarai mula (start list), dan menerima baton dengan syarat dia tidak
menghalang atau menolak peserta lain.

v. Acara Pertandingan
• Di peringkat sekolah penyertaan murid dalam satu acara bergantung
kepada jumlah rumah dan trek yang ada bagi memudahkan sesuatu
pertandingan dijalankan.
• Di Kejohanan Peringkat Daerah dan Negeri penyertaan TIDAK LEBIH
daripada dua (2) orang peserta bagi setiap acara individu dan satu (1)
pasukan bagi acara Lari Berganti-Ganti.
• Bilangan maksima penyertaan seseorang peserta adalah seperti berikut :
• Acara TERBUKA hanya dibenarkan untuk disertai oleh peserta-peserta yang
berumur 12 tahun atau lebih pada 01 Januari tahun pertandingan.
vi. Melaporkan Diri Peserta
• Peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit bagi acara
balapan dan 45 minit bagi acara padang, sebelum waktu acara berkenaan
berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan
oleh Penyelia Peserta.
• Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai
Teknik dalam arena pertandingan.
• Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi
acara-acara mereka TIDAK AKAN DIBUAT. Maklumat yang meminta peserta
melaporkan diri hanya disiarkan di papan kenyataan di tempat Penyelia
Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan
dalam susunan acara atau program kejohanan.
• Para peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor penyertaan
mereka mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju masingmasing.
• Peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara dimulakan,
TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara tersebut dan
akan dianggap sebagai telah menarik diri.
vii. Prosedur Masuk Dan Keluar Arena Pertandingan
• Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar
daripada arena pertandingan sambil diringi oleh Penyelia Peserta.
• Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara tamat, peserta-peserta
hendaklah berada di lorong masing-masing, berpusing balik dan
menghadap hakim-hakim balapan untuk menunjukkan nombor mereka
dan balik ke tempat peserta dengan serta merta tanpa memasuki padang

viii. Blok Permulaan
• Bagi acara-acara yang tersebut di bawah untuk peringkat umur 12
Tahun Ke Bawah (Lelaki dan Perempuan) permulaan dekam MESTI
DIGUNAKAN, tetapi penggunaan Blok Permulaan tidak diwajibkan dan
terpulang kepada peserta itu sendiri untuk acara-acara 100 m, 200 m, 80 m
Lari Berpagar, 4X100 m, dan 4X200 m.
ix. Paku Kasut (Spikes)
• Paku Kasut: Kejohanan yang diadakan di atas balapan jenis sintetik.
Panjang maksima paku kasut (spikes) tidak boleh melebihi 9mm, kecuali
untuk acara Lompat Tinggi dan Merejam Lembing. Untuk acara-acara
tersebut, paku kasut tidak boleh melebihi 12 mm.
x. Cara Menanda Di Tempat-Tempat Pertandingan
• Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan kapur atau sebarang
bahan untuk menandakan di tempat-tempat pertandingan. Mereka
hendaklah menggunakan pita.
xi. Cara Menentuan Peserta Terbaik Adalah Berdasarkan Kriteria Berikut:
• Pemecah rekod baru berstatus (mengikut ranking kejohanan) Rekod
Kejohanan Olahraga Peringkat Kebangsaan (KOAM), Rekod Remaja
Kebangsaan (KOAM), MSS Asean, dan MSSM dan jumlah rekod yang
diperbaharui dengan mengambil kira usia rekod dan bilangan pingat emas,
perak, dan gangsa.
• Sekiranya tiada rekod yang diatasi/dicatat, jumlah pungutan pingat emas
atau perak atau gangsa dalam acara individu akan diambil kira.
• Sekiranya pungutan pingat emas masih sama, pungutan pingat perak dan
pingat gangsa dalam acara individu akan diambil kira.
• Sekiranya kedudukan masih sama juga, maka keputusan akan dibuat
berdasarkan Jadual Mengira Mata IAAF bagi pencapaian terbaik acara
tertentu setiap peserta.
• Olahragawan dan olahragawati diberi kepada peserta terbaik keseluruhan
(lelaki dan perempuan).

Masalah Disiplin Pelajar

Masalah Disiplin Pelajar

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?
            Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.
            Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.
            Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.
            Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.
            Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.
            Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.
            Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.

Amalan membaca

Guru-guru harus menyemai amalan membaca di kalangan pelajar - pelajar kita kerana…….

  • Sikap suka membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih tidak boleh dibanggakan walaupun berbagai-bagai program dan kempen galakan membaca giat dijalankan.
  • Purata rakyat Malaysia membaca dalam setahun hanya satu muka surat.
  • Bahan bacaan bermutu masih kurang terdapat di negara kita terutama bahan dalam bahasa Melayu.
  • Walaupun terdapat golongan yang membaca namun mereka hanya membaca bahan berbentuk hiburan dan bukan yang berbentuk akademik.
  • Terdapat pelbagai sebab mengapa amalan membaca ini belum lagi menjadi suatu budaya dalam kalangan rakyat Malaysia. Antaranya ialah tradisi membaca ini memang tidak wujud sejak dahulu lagi di negara kita.
  • Masyarakat sekarang lebih dipengaruhi oleh media lain yang lebih mudah untuk mendapatkan maklumat dan hiburan seperti radio, televisyen, dan internet.
  • Faktor lain ialah sikap rakyat kita sendiri yang mengambil mudah terhadap amalan ini dan menganggapnya sebagai suatu beban.
  • Selain itu, bahan bacaan yang sesuai dan berpatutan harganya sukar diperoleh terutama bahan dalam Bahasa Melayu.
  • Kurangnya tempat yang menyediakan kemudahan dan bahan bacaan yang sesuai juga merupakan antara faktor yang menyebabkan kurangnya sikap suka membaca dan jika ada pun tempat seumpama itu keadaannya seperti “hidup segan mati tak mahu”.
  • Rakyat kita juga kurang mendapat galakan untuk membaca terutama golongan kanak-kanak dan pelajar.
  • Terdapat pelbagai pihak yang perlu memainkan peranan penting dalam usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat.
  • Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebaikan dan faedah membaca.
  • Pelbagai kempen, pameran, dan pesta buku diadakan sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa.
  • Di samping itu, cukai import bahan bacaan dari luar negara turut dikurangkan agar bahan itu dapat dijual dengan harga yang lebih mampu dibeli.
  • Selain bahan dari luar negara, kerajaan juga memberikan insentif khas kepada penerbit tempatan untuk menggalakkan mereka lebih banyak menerbitkan buku.
  • Kemudahan untuk aktiviti membaca seperti perpustakaan perlu disediakan bukan sahaja di kawasan bandar malah juga di luar bandar dan ini termasuklah perkhidmatan perpustakaan bergerak.
  • Di peringkat sekolah, guru berperanan besar menarik minot pelajar membaca.
  • Pusat sumber sekolah harus dilengkapkan dengan kemudahan yang selesa untuk aktiviti membaca di samping mempunyai bahan bacaan yang mencukupi dan sesuai untuk peringkat remaja.
  • Sudut bacaan harus diwujudkan di sekitar sekolah, malah di dalam setiap bilik darjah juga perlu diadakan satu sudut untuk aktiviti membaca.
  • Program-program yang berkaitan dengan membaca harus diperbanyak seperti kempen membaca dan pertandingan membaca.
  • Namun langkah yang lebih penting dan berkesan bermula pada peringkat awal, iaitu semasa kanak-kanak lagi.
  • Dalam hal ini, ibu bapa haruslah memberikan galakan dan contoh yang baik untuk diikuti oleh anak-anak.
  • Mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai untuk aktiviti membaca seperti sudut bacaan, bahan bacaan yang sesuai, dan kemudahan yang selesa merupakan satu langkah bijak untuk menghasilkan generasi yang mengamalkan budaya membaca.
  • Melalui aktiviti membaca, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan terutama yang berkaitan dengan isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling kita.
  • Kita dapat memajukan diri dengan mendalami sesuatu bidang yang kita ceburi melalui pembacaan bahan yang berkaitan.
  • Selain menambahkan pengetahuan, membaca juga dapat meningkatkan daya fikir kita agar dapat berfikir dengan lebih matang dan berkesan dalam membuat pertimbangan dan keputusan.
  • Masa lapang yang diisi dengan aktiviti membaca lebih berfaedah daripada dihabiskan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
  • Terdapat golongan yang membaca untuk menenangkan fikiran. Membaca juga merupakan satu cora kita berehat.
  • Ada pendapat yang mengatakan bahawa orang yang banyak membaca akan cepat menunjukkan kematangan kerana mereka mampu berbincang tentang pelbagai perkara hasil daripada pengetahuan mereka yang luas.

Hobi yang berfaedah


Sebagai seorang guru kita harus memupuk pelajar mempunyai hobi yang berfaedah
  • Terdapat pelbagai jenis hobi sama ada penglibatan secara luaran atau dalaman.
  • Jenis kerja tangan – hobi jenis ini memerlukan kemahiran seperti bertukang, bercucuk tanam, dan sebagainya.
  • Jenis sukan – terdapat berbagai-jenis sukan yang boleh diceburi termasuklah sukan dalam dewan, di padang, atau di gelanggang.
  • Berbentuk pengetahuan – kegiatan ini banyak menggunakan otak atau pemikiran seperti membaca, mengumpukan setem, dan menyelidik.
  • Jenis hiburan – bernyanyi dan menari.
  • Jenis luaran - biasanya jenis ini banyak melibatkan aktiviti fizikal dan lasak seperti berkhemah, memancing, dan mengembara.
  • Jenis bakat – melukis, mengarang, dan memasak.
  • Dapat memanfaatkan masa yang terluang daripada membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah.
  • Sesetengah hobi dapat memberikan ketenangan kepada sesetengah individu seperti bernyanyi dan menari.
  • Hobi dapat juga memberikan faedah dari segi kesihatan seperti hobi bersukan yang tentunya berkaitan dengan aktiviti fizikal.
  • Di samping memenuhi masa lapang, hobi dapat juga menambahkan ilmu pengetahuan individu.
  • Pergaulan sosial dapat diperluas melalui perkenalan dengan orang yang mempunyai hobi yang soma serta menggalakkan kegiatan bertukar-tukar fikiran.
  • Terdapat juga hobi yang boleh mendatangkan pendapatan sampingan kepada yang melakukannya seperti bertukang atau berkebun.
  • Menyediakan kemudahan dan kawasan yang sesuai untuk masyarakat menjalankan aktiviti atau hobi pilihan mereka.
  • Mengadakan promosi memperkenalkan sesuatu hobi kepada orang ramai.
  • Menubuhkan pusat-pusat atau kelab sebagai tempat pertemuan dan perbincangan.
  • Mengadakan pertandingan-pertandingan yang berkaitan dengan hobi yang secara tak langsung dapat menarik minot orang ramai menyertainya.

 
Copyright © Yit Mei's talk