Monday, 12 December 2011

Badminton - Video #2


  • Aksi badminto bergu lelaki yang menanjukkan..

Sunday, 11 December 2011

Badminton - Video #1

  • Video aksi pewira badminton - Datuk Lee Chong Wei.

Badminton - Kemahiran Asas

Cara Memegang Racket
Cara Menentukan Pegangan
   Pegangan Hadapan
Pegangan Kilas


Cara Memegang Bulu Tangkis
1. Tiada pegangan yang spesifik.
2. Kebiasaannya bulu tangkis dipegang pada bahagian bulunya.
3. Apabila melakukan servis, hendaklah dipukul pada bahagian gabusnya.

Kedudukan Posisi
Pemain bersedia untuk menerima servis
   Pemain bersedia untuk membuat servis


Servis Tinggi Hadapan
1. Bulu tangkis dipukul dari tempat permulaan biasa atau sedikit ke belakang dan servis tinggi
2. Raket dihayun jauh ke belakang
3. Titik sentuhan ke hadapan sedikit di kaki kanan dan mengikut lajak.


Servis Rendah Forehand
1. Hayunan raket ke belakang.
2. Semasa bulu tangkis dilepaskan berat badan berubah ke hadapan dan keseluruhan lengan menghayun kehadapan.
3. Titik sentuhan ke hadapan sedikit di kaki kanan dan ikut lajak.


Servis Rendah Backhand
1. Bulu tangkis di letak hampir ke muka raket.
2. Tali raket menyapu dasar gabus bulu tangkis, membuatkannya berpusing dan melintasi pita jaring.
3. Kepala raket mengikut lengkungan ke kiri (melawan jam) semasa mengikut lajak.

Saturday, 3 December 2011

Badminton - Latihan Pengenalan Kepada Sukan Badminton

Activity Memanaskan Badan

 1. Wall Servis: Memukul bulu tangkis ke dinding yang ditanda dengan masking tape.






Activity Pengukuhan

 1. Servis hadapan ke gelanggang betentangan dengan raket.
 2, Pegang bulu tangkis aras pinggang.
 3. Tangan yang memegang raket ke belakang.
 4. Untuk regangan otot-otot tangan dan kaki.
 5. Aktiviti berpasangan untuk renggangan abdominal.


Permainan Kecil #1

 1. Target servis :.
 2. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.
 3. Murid X dan O membuat servis tinggi.
 4. Seorang murid dari kumpulan yang sama cuba menyambut bulu tangkis menggunakan bakul sampah.
5. Dibenarkan bergerak mengikut arah bulu tangkis.
6. Pemenang dikira berdasarkan bilangan bulu tangkis.
7. Jarak gelung- 5m
   • Servis lurus
   • Servis silang


Permainana Kecil #2

 1. Touch And Go
 2. Murid dibahagikan 2 kumpulan.
 3. Kumpulan X membuat pukulan kepada kumpulan O (silang).
 4. Murid O membalas pukulan mengikut giliran.
 5. Pukulan bebas.
 6. Pemenang dikira kumpulan yang paling lama bertahan dalam rali.

Thursday, 1 December 2011

Badminton - Peralatan

Penerangan Racket 

 1. Fleksibilitas Raket : Extra Stiff (kaku), Stiff, Medium, Extra Flexible dan Flexible.
 2, Berat Raket : 2U (90-94g) ; 3U (85-89g) ; 4U (80-84g).
 3. Ukuran Grip : G2 (4″) , G3(3.75″), G4(3.5″), G5(3.35″). Semakin besar angkanya ukuran grip semakin kecil.
 4. Titik Keseimbangan (Dari Ujung Grip) : 270-280 : Head Light (Defensive), 275-285 : Neutral (All Round), 285-295 ; Head Heavy (Offensive) 295-300 Extra Head Heavy (Offensive).
5. Bentuk Raket : Conventional ( Oval Biasa ) dan Isometric ( Oval dengan bagian atas mendatar).
6. Panjang Total : 26 ” Standard dan 26.5″ Long.
7. Bahan Raket : Alumunium, Modulus Graphite, Super Hi Modulus Graphite, Ultra Hi Modulus Graphite, Nano Carbon, Woven Kevlar, Titanium Composite, Ultra Titanium, G Force Ti, Ultimum Ti.

Penerangan Bulu Tangkis 

 1. Bulu tangkis asli mempunyai 16 helai bulu itik atau angsa dan panjang 62-70mm.
 2, Berat bulu tangkis 4.74-7.5gm







Penerangan Tiang Dan Jaring Gelanggang

 1. Tiang diletakkan di atas garisan luar gelanggang.
 2, Ukuran tiang : 1.55m.
 3. Ukuran jaring di tengah : 1.524m







Penerangan Gelanggang

 1. Berbentuk segi empat tepat.
 2, Ukuran gelanggang 13.4m dan lebar 6.1m
 3. Lebar garisan 40mm







Penerangan Pakaian Sukan Badminton

Badminton - Gelanggang Badminton

Gelanggang Badminton

Ukuran Gelanggang Badminton
Ukuran Gelanggang
  • Bentuk gelanggang badminton berbentuk segi empat tepat berukuran 13.40m x 6.10m. Lebar garisan 40mm.
  • Tinggi jaring 1.55m di tiang dan 1.524m di tengah gelanggang.
  • Untuk perseorangan dan beregu, kawasan garisan pendek dikira keluar(out) semasa servis.
  • Dalam beregu, kawasan antara garisan belakang gelanggang(long) dan garisan servis beregu(short) adalah luar (out) semasa servis.
  • Dalam beregu, kawasan gelanggang 6.10m x 13.40m digunakan.
  • Manakala perseorangan adalah 5.18m x 13.40m.

Wednesday, 30 November 2011

Badminton - Peraturan Permainan

Peraturan Asas
  • Permainan badminton memerlukan gelanggang, raket dan bulu tangkis. Badminton boleh dimainkan dengan 2 orang atau 4 orang pemain.
  • Terdapat acara berpasukan dan individu. Iaitu acara perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta bergu campuran.
System Pengiraan Markah
  • Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali (‘the best of three ‘game’s’).
  • Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain yang memenangi rali.
  • Perbezaan 2 mata diperlukan untuk menang.Jika tidak, permainan diteruskan hingga 29-29. Pemain/pasangan pertama mencapai mata 30 dikira sebagai pemenang.
  • Dalam acara perseorangan jika pemain mendapat mata genap servis dilakukan di sebelah kanan gelanggang pemain dan sebaliknya.
  • Dalam acara beregu jika mata genap pemain sebelah kanan akan membuat servis dan sebaliknya.
Memulakan Permainan
       Perlawanan Perseorangan
  • Permainan dimulakan dengan melakukan servis pertama.
  • Pemain akan membuat servis pertama dari petak servis kanannya. Mata genap di petak kanan dan kiri bagi mata bilangan ganjil.
  • Pembuat servis akan membuat servis secara melintang kepada pihak lawan.
        
       Perlawanan Bergu
  • Pada permulaannya, pembuat servis pertama akan membuat servis dari gelanggang servis kanan.
  • Pasangan bergu yang menang rali akan bertukar petak servis dan lawan kekal dalam petak servis masing-masing.
  • Jika pembuat servis itu kalah dalam rali, servis akan diberikan kepada pihak lawan.
  • Semasa membuat servis, rakan pembuat servis dan rakan penerima servis boleh berdiri di mana-mana tempat dalam petak tetapi tidak menghalang pandangan pembuat servis dan penerima servis.
Servis
  • Tidak boleh melengahkan servis selepas mengayun raket ke belakang.
  • Pemain yang membuat servis dan menerima servis tidak dibenarkan memijak garisan gelanggang.
  • Kedua-dua belah kaki sentiasa menyentuh lantai gelanggang dan dalam keadaan tetap.
  • Bahagian gabus bulu tangkis perlu disentuh dahulu semasa membuat servis.
  • Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang dan batang (shaft) mesti menghala ke bawah semasa melakukan servis.
  • Servis dilakukan setelah penerima telah bersedia.

Badminton - Pengenalan

Battledore - Racket abad -18

Perkembangan bulu tangkis

Pengenalan
  • Sukan badminton telah diperkenalkan di Malaysia seawal 1809.
  • Permainan sukan muncul daripada satu sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. 
  • Permain battledore and shuttlecock dikenali sebagai Poona pada ketika itu telah dimainkan buat pertama kali di Pulau Pinang oleh pegawai dari Syarikat East India, di kediaman Kaptain Francis Light.
  • Pada peringkat awal permainan ini, tidak ada sebarang undang-undang atau peraturan yang boleh dijadikan panduan permainan.
  • Mereka yang bermain hanya sekadar memukul-mukul bulu tangkis ciptaan mereka itu
  • Namun begitu, permainan mereka itu telah berjaya menarik minat penduduk-penduduk di pulau pinang pada masa itu.
  • Dengan pertubuhan Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) pada tahun 1934, badminton dikenalkan kepada seluruh dunia dengan peraturan-peraturan permainan yang ditetapkan.
  • Pertandingan antarabangsa juga dianjurkan. 
  • Dengan kemunculan wira-wira bangsa pemain badminton - Punch Gunalan, Foo Kok Keong, Keluarga Sidekand Datuk Lee Chong Wei, permainan badminton menjadikan salah satu permain yang paling penting di malaysia.

Sunday, 13 November 2011

Ladap 24-9-2011

Berikut adalah gambar ceramah 1 m 1 s yang saya berikan pada 24 September 2011.



Friday, 28 October 2011

Teknik Lumba Lari Berpagar



  • Video menunjukkan teknik lumba lari berpagar.

Teknik Lompat Jauh


  • Video menunjukkan teknik lompat jauh.

Thursday, 27 October 2011

Teknik lompat tinggi


  • Video menunjukkan teknik lompat tinggi.

Tuesday, 18 October 2011

Pendidikan jasmani dengan bola sepak



  • Memperkenalkan bola sepak kepada murid-murid dengan permainan mudah.

Permainan kecil olahraga contoh 8

CARA PERTANDINGAN
  • Setiap peserta akan berlari dari garisan permulaan melalui petak ladder dan menyentuh kon di hujung dan berpatah balik melalui petak ladder semula dan menyentuh kon di garisan permulaan.
  • Masa diambil bagi setiap peserta.
  • Setiap peserta diberi 2 percubaan.

Markah
  • Masa terbalik di antara 2 percubaab akan direkodkan.

Permainan kecil olahraga contoh 7


CARA PERTANDINGAN
  • 5 sepasukan berada di garisan permulaan lorong lurus dan 5 lagi berada bertentangan di lorong yang ada hurdles.
  • Peserta pertama berlari sejauh 40m dan menyerahkan gelang getah kepada peserta ke-2. Peserta kedua hendaklah memegang tiang bendera semasa menerima gelang getah dan terus berlari melompat melalui slalom dan melompat sisi hurdles.
  • 3. Pertandingan berterusan sehinggalah semua peserta berjaya melakukan larian dan lompatan hurdles.
  • 4. Pertandingan berterusan sehinggalah semua peserta berjaya melakukan larian dan lompatan hurdles.


  • Markah
  • 1. Pasukan yang berjaya menamatkan pertandingan dengan masa terpantas dikira pemenang.

Permainan kecil olahraga contoh 6


Cara Pertandingan
  • Setiap peserta diberi 2 percubaan untuk melontar Turbo Javelin dari kawasan yan jaraknya 5 meter.
  • Peserta yang memijak garisan di kira batal.
Markah
  • Jarak yang paling jauh dari satu percubaan akan diterima.

Permainan kecil olahraga contoh 5


Cara Pertandingan
  • Setiap peserta diberi 2 percubaan untuk membuat skipping selama 15 saat.
  • Pesrta mesti melompat dengan kedua-dua belah kaki.
Markah
  • Bilangan lompatan terbanyak dari salah satu percubaan akan dikira.
  • Markah terbaik dari setiap peserta akan dijumlahkan sebagai markah pasukan.

Thursday, 13 October 2011

Teknik memulakan lumba lari jarak dekat

Larian Berpagar Sukma

Permainan kecil olahraga contoh 4



Cara Pertandingan
  • Setiap peserta akan mencuba membaling bola melepasi palang dan jatuh ke dalam kawasan yang disediakan dengan jarak yang disukainya iaitu 5m, 6m, 7m dan 8 meter.
  • Setiap peserta diberi 3 percubaan.
Markah
  • Setiap peserta akan mencuba membaling bola melepasi palang dan jatuh ke dalam kawasan yang disediakan dengan jarak yang disukainya iaitu 5m, 6m, 7m dan 8 meter.
  • Percubaan yang berjaya dari jarak 5 meter 2 markah, 6 meter 3 markah, 7 meter 4 markah dan 8 meter 5 markah.
  • Peserta boleh pilih dari mana-mana jarak yang disukai pada 3 percubaan.
  • Percubaan yang melepasi palang tetapi tidak masuk ke kawasan diberi 1 markah.
  • Jumlah markah dari ketiga-tiga percubaan akan dikira sebagai markah keseluruhan.

Permainan kecil olahraga contoh 3



Cara Pertandingan
  • Setiap peserta akan bermula dengan berdiri di garisan permulaan dengan memegang "Frog jump".
  • Peserta pertama akan berdiri dengan hujung jari kaki di atas garisan permulaan.
  • Peserta akan membuat lompatan sejauh yang mamou dan mendarat dengan kedua-dua belah kai.
  • Jika seorang peserta terjatuh dan hanya mendarat menggunakan satu kaki jarak tersebut akan diambilkira untuk peserta berikutnya memulakan lompatan baru.
  • Begitulah berikutnya sehingga semua peserta tamat melakukan lompatan.
Markah
  • Jarak lompatan terakhir peserta akan dikira sebagai jarak rasmi pasukan.

Permainan kecil olahraga contoh 2



Cara Pertandingan
  • Kawasan gol bola sepak / bola baling dibahagikan kepada 3 zon dengan keluasan yan sama iaitu Zon Kanan, Zon Tengah dan Zon kiri.
  • Satu garisan pada jarak 5 meter betul-betul menghadap Zon Tengah.
  • Setiap peserta akan membuat 2 percubaan dengan melempar cakera ke arah zon dari jarak 5 meter.
Markah
  • Peserta tangan kanan akan mendapat 3 markah jika lemparan masuk ke Zon Kanan.
  • Jumlah markah yang sama diberikan jika  lemparan masuk ke dalam Zon Tengah dan 1 markah jika masuk ke Zon kiri.
  • Markah terbaik dari salah satu percubaan akan diambil sebagai markah pasukan.

Permainan kecil Olahraga contoh 1


Cara Pertandingan
  • Peserta akan melutut pada tikar menghadap ke hadapan, di atas tikar lembut.
  • Peserta meletakkan bola di belakang aras kepala dalam kkeadaan selesa sebelum bersedia untuk membuat balingan.
  • Pesrta membuat balingan menggunakan kudrat yang ada pada jarak yang sepatutnya.
Markah
  • Setiap peserta boleh melakukan 2 kali percubaan.
  • Pengiraan diambil dalam 25cm jaraknya dan pada garis sudut 90 darjah dari garisan.
  • Jarak balingan terjatuh daripada 2 balingan diambil sebagai keputusan rasmi.

Sunday, 9 October 2011

Peralatan Olahraga









 
Copyright © Yit Mei's talk